Thursday, December 9, 2010

Naik Teksi

C2M..Cermin2Mirror!
Hari ni naik teksi ..Pergi KL
Bercerita kisah pemandu teksi di KL ..Ermmm

Kisah menteri yang jaga lesen teksi yang bagi lesen secara BUNDLE kepada syarikat teksi
(mungkin kepunyaan crony menteri)..Keluhan si driver ni C2M dengar dengan penuh kesal..
Kata dia..Dia dah bankrupt dek kerana perniagaan sebelum ni entah apa yang tak kena dengan rakan kongsi..
Di tipu dan terus kehilangan semuanya..Kesian juga..Berhutang Bank punya la banyak..Tak boleh nak recover sampai tua katanya...

Dia ada juga apply lesen teksi ..tapi tak dapat approval walaupun dia guna nama adik beradik dia..sebab dia bankrupt..
Masa Noh Omar jaga dulu katanya senang jer dapat lesen..Sebab kata dia Bapa Noh Omar dulu Pemandu Teksi..C2M agak betul la agaknya...
Tapi menteri sekarang ni susah nak bagi lesen...
Dia sewa teksi kepunyaan Crony Bundle..satu hari RM 50..
Penat la juga nak mencari duit sewa katanya sebab persaingan cukup hebat..

Story yang best C2M dengar ialah..
Kalau pun dapat lesen,masaalahnya susah nak dapat loan bank nak beli kereta..
Sebab dia bankrupt..
Terpaksa lah mencari orang yang dapat memberi pinjaman atau pun secara kasar ALONG LA..
Bayangkan kalau kena bayar RM2500 sebulan ...
Tak termasuk duit minyak dan perbelanjaan maintenance kereta..
Tolak kiri,tolak kanan..makan kuah jer la setiap bulan...

Kesian juga bila dengar story pemandu teksi ni..anak ada 8 orang..ni nak beli baju sekolah anak anak pun tak tau lagi mcm mana..
Saman bulan lepas pun banyak yang tak dapat bayar..Sebab ambil penumpang di kawasan yang tak di benarkan.

Dia complain juga kenapa bila pergi KLIA,hanya boleh bawa saja ke KLIA tapi balik kena kosong..Tak boleh ambik penumpang..sah kena saman oleh JPJ sebab airport limo akan complain..

Macam ada sindiket katanya..semua nak monopoly..susah nak cari makan..
Ada juga persatuan,tapi bising sekejap saja..si presiden bila pegang jawatan,mula mula tu bising macam nak rak..lama lama diam terus..sebab kerajaan tutup mulut dengan lesen yang di beri khusus untuk presiden..
Aduhhhh..kesian juga..Entah la Tuan..kata dia..Malaysia ni macam apa apa jer..

Macam mana lah kerajaan nak kami simpati lagi..kadang2 tu terpikir juga nak pangkah pembangkang la di PRU 13 ni..kita tengok la dia orang nak tolong kami ke tidak kalau pembangkang menang nanti..

C2M terkedu sekejap...

C2M duduk di belakang dan terus melihat cermin pandang belakang teksi beliau..
Tengok dari wajah pemandu ni..macam ada kekesalan mengenag gelagat orang2 politik yang sepatutnya
menjaga moral pemandu pemandu teksi yang kebayakan orang orang bankrupt atau susah...

Cermin lah sikit wahai penjaga rakyat...

No comments:

Post a Comment