Saturday, December 25, 2010

N.GOBALAKRISHNAN

' I'M NOT ATTACKING ANWAR BUT SAYING THE TRUTH ONLY....
HE MAY BE GOD GIVEN BUT HE THINKS HE IS GOD!!!



Thursday, December 23, 2010

myownweb2u.com

Satu lagi product network yang di lancarkan oleh Tmibalan Menteri semalam.

Apabila C2M baca detail produk yang di lancarkan oleh syarikat bumiputra itu,C2M nampak dua perspektif.

1.Satu idea yang baik kerana IKS memerlukan website untuk mengiklankan produk mereka di website.Website dapat di buat sendiri di rumah atau pejabat olih yang kurang berpengatahua secara senang tanpa mengupah professional web deisgner yang sering mengenakan cas yang terlalu tinggi.
C2M pernah mengalami situasi di mana web designer akan meminta semua data data untuk membuat web bagi syarikat kecil dengan harga yang tidak musabah.Selepas web sudah siap,setiap tahun akan di kenakan cas lain lain pula.Kos menyelengara web makin meningkat tanpa di ketahui oleh tuan web.Ada saja cas atau invoice akan datang ke pejabat..

2,Dengan adanya myownweb2u.com,setiap yang melanggan akan mendapat imbuhan lain lain saperti mendapat imbuhan dari jualan secara online kepada rakan2 yg berniaga .Ini satu peluang kalau di kaji secara perniagaan online.

3.bagi C2M,kalau di pikir secara positif,ianya menguntugkan semua pihak.

Wednesday, December 22, 2010

Physic on Center of gravity

Mangsa dakwa bas dipandu laju

IPOH 21 Dis. - "Bas dipandu laju". Itulah satu-satunya gambaran yang dapat difahami menerusi bahasa isyarat oleh seorang penumpang yang terselamat dalam tragedi bas persiaran mengorbankan 27 nyawa di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands semalam

C2M heran sungguh sunguh kenapa di Malaysia ni bas dua tingkat di benarkan membuat perjalanan jauh melaui jalan jalan yang berliku.

1.Bas ini mempunya 'CENTER OF GRAVITY TERATAS".c OF g INI MENETUKAN KESETABILAN BAS.Lagi tinggi atau c of g nya. stability nya agak terancam apabila melaui corner2 yang banyak saperti di cameron highland.

2.Pengetahuan memandu bas begini perlu di awasi,Pemandu mungkin tidak paham tentang C of G.kalau tanya apa itu Center of Gravity pun sah dia ternganga besar.Ini masaalah physic.

3.Yang malaun sekolah tinggi di JPJ sepatut nya tahu tentang Center of gravity.Tapi,kenapa tidak di pantau di pejabat.

4.Operator sepatutnya di beri amaran atau tidak membenarkan bas serupa ini di beri laluan untuk ke COUNTRY SIDE.

5.Di LONDON,bas dua tingkat di benarkan untuk memberi perkhidmatan di bandar2 sahaja.Di Malaysia ,di gunakan untuk perjalanan jarak jauh.Apa exclusivity bas jenis  ini????

6.Ini menunjukkan pegawai pegawai di pejabat yang meluluskan bas jenis ini tak tahu tentang STABILITY..Pergi masuk sekolah balik dan belajar physic.



Physic on Center of gravity

Mangsa dakwa bas dipandu laju

IPOH 21 Dis. - "Bas dipandu laju". Itulah satu-satunya gambaran yang dapat difahami menerusi bahasa isyarat oleh seorang penumpang yang terselamat dalam tragedi bas persiaran mengorbankan 27 nyawa di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands semalam

C2M heran sungguh sunguh kenapa di Malaysia ni bas dua tingkat di benarkan membuat perjalanan jauh melaui jalan jalan yang berliku.

1.Bas ini mempunya 'CENTER OF GRAVITY TERATAS".c OF g INI MENETUKAN KESETABILAN BAS.Lagi tinggi atau c of g nya. stability nya agak terancam apabila melaui corner2 yang banyak saperti di cameron highland.

2.Pengetahuan memandu bas begini perlu di awasi,Pemandu mungkin tidak paham tentang C of G.kalau tanya apa itu Center of Gravity pun sah dia ternganga besar.Ini masaalah physic.

3.Yang malaun sekolah tinggi di JPJ sepatut nya tahu tentang Center of gravity.Tapi,kenapa tidak di pantau di pejabat.

4.Operator sepatutnya di beri amaran atau tidak membenarkan bas serupa ini di beri laluan untuk ke COUNTRY SIDE.

5.Di LONDON,bas dua tingkat di benarkan untuk memberi perkhidmatan di bandar2 sahaja.Di Malaysia ,di gunakan untuk perjalanan jarak jauh.Apa exclusivity bas jenis  ini????

6.Ini menunjukkan pegawai pegawai di pejabat yang meluluskan bas jenis ini tak tahu tentang STABILITY..Pergi masuk sekolah balik dan belajar physic.



Sunday, December 19, 2010

Apa agenda DAP?

DAP hanya nak kuda PKR untuk dapat tempat.
DAP nak kuda PAS untuk menagih simpati Melayu.
DAP akan buat melayu sebagai alas kaki selepas ada tempat.

PKR tak sedar diri kalau DAP dapat depa dah banyak terhutang budi.
PAS juga tak tak terkecuali

Parti apa sekali pun yang memerintah,semua nya DIRTY.
Melayu sepatutnya berfikir kalau nak berubah hati.
Yang ada sekarang sudah banyak berbudi
Melayu di UMNO perlu berhati hati.
Kalau tak berubah,DAP akan buat kenduri.
PKR dan PAS akan dok tepi.

Cermin2 lah diri.

Wednesday, December 15, 2010

APA AKAN JADI KALAU PR MEMERINTAH!!!!

Persoalan.
Siapa sebenar Ketua dalam gabungan pakatan rakyat?Anwar ker Lim KS atau Lim GE atau Karpal??
Siapa dalam PAS yang menyerlah nak jadi macam 3 ekor di atas tu??Kalau Azmin dalam PAS,rasanya baru balance.

LIM GE bila bercakap bahasa lemah lembut juga,tapi dalam hati perut,tak tau lah??
Anwar bila bercakap,memang orang yang mendengar cair meleleh leleh.Dia seorang  pemidato yang baik.
Azmin bila bercakap,semua orang tak betul la,dia  sorang jer yang betul.Orang semua rasuah,dia tidak.
Nik Aziz bila bercakap dah macam orang nyanyok.Agaknya betul la bila dah berumor.
NIZAR masa baru2 jadi MB dulu bercakap macam beruk dapat bunga jer,senyum,berjanji,pusing kanan dan kiri bila tersekat.Kanan ada Ngeh dan kiri ada Ngang (nak dapat idea untuk bercakap)

Baru jer dapat 5 state ,semua kucar kacir semenjak 2008.
Tukar  policy tanah sampai  999 tahun.Apa punya policy dan untuk sapa??
Curi pasir di Selangor!! sampai MB tak boleh control,tah tah MB sendiri pasang kaki dia suruh curi.
Kilang kilang di Selangor dah berpindah keluar negara..Ada yang berpindah ke Batam,.ada yang ke Vietnam.
Nak berniaga di state2 ni,makin susah sebab sikap kronism yang teramat tinggi.Sapa2 orang UMNO akan menerima nasib yang teruk.Balas dendam la ni.Kat SUK tu semua orang baru.Yang kat luar pejabat nak menagih business semua orang PKR.Ini biasalah,masa UMNO memerintah pun sama.Ni time kami kata orang2 PKR,semua nya Bumiputra juga.Kulit sama colour.Ideologi berlainan.Berebut rebut.
Orang BN mengata PR jahat,Orang PR kata BN jahat dan rasuah..C2M rasa dua dua lebih kurang sama jer..
PR pulak macam nak sapu cepat cepat sebelum PRU 13..Rakus dan terlupalah JANJI JANJI masa berkempen..Sebok dengan nak berebut khazanah yang ada..Rakyat pula dapat la imbuhan yang tak seberapa..seronok macam beruk boleh bunga juga..LIM GE bagi duit raya sikit pun pakat ambik.Itu lah harga atau maruah rakyat.(tapi itu duit juga walau pun sikit, sebab bagi yang susah, RM100 pun berharga giler boleh beli susu anak atau lepaslah barang barang dapur).Malaysia maju 2010 katakan.(ni kat Kedah la)
Di kedai kopi,terdengar lah cakap cakap PR tu bagus dan prihatin bagi duit raya..huhuhu.Tah duit tu datang dari mana.kita tak tau..Duit curi pasir la agak nya.Rakyat pun sama la,makan duit curi.Tak per,PAS dalam PR,dia orang tolong sah kan duit curi tu halal.
Di Penang,banyak acara2 yang Ke Islaman,DAP yang dok kat depan.Kalau tak bagi dok depan tak boleh sebab DUIT di orang yang bagi.PAS tak ada keupayaan.Kalau ada pun,nak simpan untuk PRU 13 nanti.Tak cukup duit ,buat ceramah lepas tu kutip derma dari Rakyat.PKR asyik dok bergaduh jer.DAP ni sah sah kita tau duit banyak sebab majority orang berniaga.Bukan kecik anak.Pasal tu anwar nak bersama.PAS nak menumpang jer cari kawan.
Bila datang pemilihan dalam PKR,siap baling baling kerusi meja..Ketua apa ni??tak ada moral langsung..Macam ni ker nak jadi Ketua kepada Rakyat.
Macam macam hal lagi la..
C2M pening jugak dengan tingkah laku orang politik yang mengatakan RAKYAT DI DAHULUKAN.
Betul ka????????
Rakyat tau apa sebenarnya dalam hati PR..Tapi dah termakan cakap Anwar yang bercakap tak serupa bikin.
Kalau PR memerintah,transformasi PKR akan makan diri.Rakyat kena tanggung la risiko.Beban nya aduhaiiii..
BN kena berubah kalau nak kan Rakyat beri sokongan padu..

















Monday, December 13, 2010

NIZAR oh NIZAR




Tengok la siapa di belakang????DAP berkuasa ker PAS???Puppet..
Dah basi,tapi untuk renungan semua..

Sunday, December 12, 2010

Namewee FUCK Racism Malaysia NAH!!! Sucks Banana!!.flv




ANAK EMAS NAZRI AZIZ..baik sungguh budak ni!!!!!Itu yang Nazri sayang sangat tu.
Mulut dia pernah SUCK kot!!!

MUSLI OLI: PROLOG SEBUAH BUKU POLITIK - DILEMA NAJIB

MUSLI OLI: PROLOG SEBUAH BUKU POLITIK - DILEMA NAJIB

Penulisan yang baik.
Memang Pak Najib dalam dilema nak memperbetulkan kelemahan ,ketiduran,kesalahan, macam macam KE lagiiii...Pak lah.
C2M sering perhati cara Pak Lah jadi boss.Banyak tugas tugas di serahkan kepada orang bawah untuk menyelesaikan.
So,kalau saya dapat peluang pun saya akan tolong buat kerja Pak lah suruh. buat.Sambil menyelam minum air lah.
Inilah  yang berlaku dengan era Pak Lah.
Semua yang berpeluang akan ambik peluang.Mamat mamat ni pula akan block sapa2 yang nak berurusan dengan Pak Lah.Jadi tentulah si oppotunist ni akan block sehabis habis nya.
Hari ni C2M lihat,mamat2 ni semua pakai kereta mewah.Kebanyakan broker politik yang hanya tau jadi broker.
Cakap memang pandai.Tapi semua pembelit masyarakat.Pak Lah akan dapat info yang basi.Info tu lah yang Rakyat terima sebenarnya.Punaisihat dia yang sihat.Bila BN merudum,semua terbeliak mata.Salah siapa??????

Bila Tun M memerintah dulu,semua orang takut termasuk lah menteri di  bawah beliau.I respect Tun M sebab he is a no nonsense man.Kalau nak jumpa dia,even menteri pun terketar2 .Make sure those yang nak jumpa dia is well prepared with all the answer.Menteri yang tak prepare akan terketar2.Ini lah cara nak memerintah.(takkan nak dok tersengeh hari hari macam Pak Lah).Sebab itu semua menteri dengar cakap.Alaaa..macam kat rumah juga..kalau bapa tu garang,anak anak akan ikut cakap.Semua kerja berjalan lancar.

C2M bersalam dengan Tun M (ada dialog dengan dia),senyum dia memang untuk rakyat.C2M respect.Tapi sapa2 yang bekerja bawah dia,dia macam harimau.(adalah sources tertentu yang bagi tau C2M).

Bila Pak Lah pegang teraju,menteri menteri semua naik tochang.Alaa..dia orang ni pun rakyat yang pilih..Bila dah dapat tapuk (kerusi empuk dengan kuasa)..Menteri akan lantik broker broker dia pulak..Rakyat nak jumpa..owhhh tak ada masa..

Pak Najib ambil tampuk pemerintahan.C2M tak tau la sebab tak pernah jumpa atau bersalam.Nampak nya garang juga kot dengan Menteri Menteri dia sebab dia lama jaga kaum Askar..mesti ada darah Tentera sikit kot.Harap harap Pak Najib memerintah cara soldadu sikit dengan menteri2 di bawah.Baru dia orang ketar2 sikit.Semua keputusan penting,jangan dok harap orang buat keputusan macam Pak Lah.

Kalau macam Pak Lah,BN tak akan kemana.

Suruh Menteri Menteri,dan YB YB  turun padang banyak banyak jumpa Rakyat..Jangan tunggu dekat nak mengundi baru nak tersengeh sengeh nak tunjuk muka.Jangan dok asyik ambil projek saja,Kerja di ladang sapa nak buat.
Yang C2M menyampah bila YB turun padang..Mesti bawa kereta Mercedes..nak tunjuk kat sapa???nak tayang kat Puteri Puteri ka???Agaknya betul la tu!!!!!

Memang Pak Najib dalam dilema nak MENTERNAK Menteri Menteri di bawah beliau.Tau tau lah,ada yang berminat kerusi yang Pak Najib dudok tu...Kalau marah,takut hilang penyokong,Kalau lembik,dia orang naik kepala..Macam macam ugutan  pulak.Itu dalaman.Tak termasuk ugutan dan tohmahan luaran oleh pembangkang lagi.Susah jadi big boss ni..Rakyat biasa yang perlu di jaga sebab itu semua penentu kerusi panas tu!!!!!!

C2M sayangkan UMNO..Pembela Melayu

Saturday, December 11, 2010

Laporan KOSMO:11 dis:Terpaksa Tinggal Di bengkel Kereta

Keluarga Tiada Tempat Berteduh
Aduhaiii..Tajuk ini membuatkan C2M rasa ingin menulis cerita kemiskinan rakyat.
Ini antara satu yang di paparkan oleh media.Mungkin banyak lagi kes kes saperti ini di kawasan yang
kita tidak tahu.
Malaysia maju 2020.Cuma ada tak sampai 10 tahun lagi nak mencapai taraf yang telah di gembar gemburkan.
'MALAYSIA BOLEH'.......... katakan.

C2M heran apa kah kerja YB sebenarnya.Yang berhormat,Yang Berkhidmat atau yang entah apa lagi..
Kalau pun tak ada YB,ketua cawangan pergi mana???Ketua kampung ada di mana??
Nasib baik ada taukey bengkel yang mempunyai hati perut.dan menolong bagi pihak YB.
Mungkin dia ada pertaliaan persaudaraan,tetapi ini bukanya cara sebenarnya sebab tuan bengkel itu pun rakyat juga.

Ini tak termasuk cerita rakyat yang tinggal di bawah jambatan,Dalam kotak,Tepi longkang,
C2M pernah melihat kedaifan penghuni bawah jambatan .Rasa macam di Bangladesh pulak.

Melihatkan gambar yang di paparkan,ada anak 3 orang di belakang.Kesian juga.
Selepas berita ini nanti,kita akan lihat ramai yang nak cari publisiti akan mengunjung ke bengkel ini.

Terlepas pandang ker wahai YB????Ketua cawangan tak report kepada ketua bahagian ka?
Berpolitik lah wahai YB YB semua secara ikhlas!!!!
Inilah yang akan menetukan kemenangan seterusnya.
Jangan tunggu sampai masa nak menagih undi,baru nak tersengeh2 nak tunjuk kita ni prihatin.
Itu semua lakonan lama dan dah basi..

Rakyat sekarang makin cerdik dan pandai menilai.

Lepak Di KOPITIAM

Bersempena hari minggu (hari ni) C2M sempat lepak lepak di Kopitiam berdekatan dengan rumah semalam.
Banyak sungguh kopitiam tumbuh sekarang.Macam kulat tumbuh lepas hujan.Bermacam macam branding.
Bagus juga perniagaan kopitiam ni..Kopitiam di zaman dulu hanya terselit di celah celah kedai kecil dua tingkat
dan hanya cawan kopitiam saja yang masih ketara pada kopitiam zaman sekarang.
Isinya tak seberapa lah KOW macam kopi kopi zaman dulu.Cuma yang berbeza kopitiam ni banyak menyediakan resepi resepi sampingan..Harganya..hohoho..

C2M perhatikan kebanyakan yang lepak di kopitiam zaman sekarang adalah anak anak muda.Berlainanan dari zaman dulu di mana pengunjung2 kebanayakan veteran veteran sahaja.Yang heran nya walau pun mahal,anak2 muda berkemampuan untuk lepak di situ dan kebanyakan adalah pelajar2 kolej.Mewah sungguh anak2 zaman sekarang.Yang meghairankan lagi,budak2 ni bila masa mereka belajar????Mungkin zaman sekarang buat assignment cepat dan mudah agaknya.tak macam zaman dulu .Sekarang .ada laptop,ada search engine,ada bahan yang hanya tekan dan cari dan sah tak baca pun..Cut and paste..assignment dah siap...Banyak lah masa untuk di habiskan.

Jadi,quality lepasan pelajar universiti sekarang samalah macam mee segera.(Tak semua tapi kebanyakan) susah mendapat pekerjaan bila dapat ijazah..Sebab yang penting segulung ijazah di tangan,usung sana sini minta kerja,cakap english berterabur dan bila bagi kerja mengadap laptop ,Chatting atau kalau lebih pun CUT AND PASTE.Boss la terkial kial kena edit..

Bila datang saja hari menetukan siapa akan memerintah,kebanyakan pelajar sekarang tak ambik hirau langsung hal hal  politik.Ada yang tak pernah berdaftar dan kebayakannya tak tau langsung tentang sejarah.


Inilah quality anak zaman kopitiam sekarang.

Friday, December 10, 2010

Naik Bas MINI

Hari ni saya berasa bertuah dapat merasa naik Bas Mini..
Dah lama tak naik bas mini..Saya tunggu teksi ,tetiba bas yang datang dulu..
Nak cuba naik sekali lah sebab last saya naik bas mini masa zaman zaman baru sampai di KL di tahun 1979..

Saya ke pejabat naik teksi sebab susah nak cari parking dan parking pulak punya lah mahal..Kalau lambat letak tiket..dah tentu kena saman..Saman dah bertimbun ..baik saya guna duit bayar saman tu bagi makan fakir miskin..lagi bagus.

Bas mini yang saya naik tadi..aduhhh..punya la panas..dengan uzur,retak sana sini,cermin tingkap dah tak macam cermin,frame tingkap nya ..aduhhhh..Heran juga macam mana PUSPAKOM boleh lulus bas mini ni di atas jalan..

Penumpang bas kebanyakan nya rakyat tempatan .budak budak kolej dan ada segelintir perempuan Indon..terasa macam di africa pon ada sebab dua tiga orang pak Itam yang naik tadi..

Tambang hanya RM1..itu yang C2M rasa beruntung juga dalam hal ni sebab selalu naik teksi,kebayakan tak nak guna meter..Jarak dari rumah ke office tak ler jauh sangat,tapi kena bayar RM20..katanya itu sudah jadi tambang yang selalu penumpang lain bayar..aduhaiiiii..malas nak bergaduh sebab muka pemandu semacam jer..takut tengok mata merah nya.

C2M rasakan kalau lah satu hari ada YB mana mana yang sanggup naik bas ni..sudah tentu saya rasa bangga kerana dapat menikmati susana sebenar ,apa yang rakyat tempuhi hari hari...Kalau pun YB nak naik bas,sudah tentu akan buat publisiti murahan..mestila..nak bagi tau rakyat sebab turun padang katakan...

Bila tengok pemandu bas tadi..C2M rasakan bukan orang tempatan..agaknya dia orang Indonesia sebab hisap rokok semporna atau gudang garam..bau nya alahaaai..pengit...Boleh hisap rokok rupanya pemandu bas ni..ada terpampang kat dinding 'DI LARANG MEROKOK'..

Berpeluh juga la sebelum sampai sebab tak ada aircon dan stuck dalam traffic jam..

Lega bila turun dari Bas Mini tadi..Tak apa..kalau ada peluang C2M akan guna perkhidmatan ini lagi sebab murah..

Thursday, December 9, 2010

Naik kereta mewah

Hari ni merasa juga naik kereta mewah milik kawan yang berjaya dalam perniagaan.
Alhamdulillah..dulu sahabat saya ni memang makan pun tak cukup.

Ceriata kisah perniagaan dari dia cukup terasa hati tidak mahu menceburkan diri dalam perniagaan..
Karenah birokerasi yang amat tidak gemar saya nak dengar..

C2M rasa macam perniagaan di Malaysia ni di monopoly oleh orang2 tertentu sahaja.
Yang kaya bertambah kaya dan yang melarat akan terus melarat..
Yang tak ada duit,tak payah la nak pikir nak berniaga.
Kalau pun ada network dengan orang2 besar,mereka tidak akan layan kalau tak ada duit..
Orang kerajaan pun sama katanya..
Wahhhh..susah juga rasanya nak mulakan perniagaan

Kawan saya ni bertungkus lumus nak mulakan perniagaan.
Semua yang ada di gadaikan.,Nak buat modal.
pergi bank..semua tak layan.
Jumpa kawan yang dah berjaya pun tak nak layan.
Bermodalkan sekeping tanah peniggalan arwah ayah dan ibunya beliau memulakan perniagaan secara kecil kecil.
Setengah dari wang di simpan untuk musim tengkujuh dan setengahnya di gunakan untuk modal permulaan..
Yang sedih saya dengar bila dia kata wang yang di gunakan untuk modal itu,setengahnya di gunakan untuk melobi ..maklumla katanya orang2 kerajaan dia kena entertain..kalau tidak projek tak masyukkkkk..
Setelah mendapat perojek (tak la besar mana pun) di kira kira keuntungan tak seberapa sebab margin makin susut sebab tau tau la..nak bagi makan yang berkenaan..
Tapi oleh kerana nak melakarkan track record dalam syarikat..dia akur dengan tuntutan orang2 tersebut..
Huhhhh..penat saya dengar walau pun aircon kereta baru dia agak sejuk..kalau tak,mungkin berpeluh juga
sebab ada perasaan nak marahkan orang2 yang sepatutnya membantu dan bukannya menagguk di air keruh.

Dia mengadu,nasib baik ada duit simpanan musim tengkujuh yang di letakkan khas,itu pun dekat nak habis baru dapat first payment..Kena bayar juga nak minta tolong percepatkan pembayaran..kalau tak..kering la aku katanya...Pengorbanan dia saya kagumi..anak isteri semua ikat perut sebelum mendapat perojek pertama..

Saya heran juga la..patutla ramai orang2 melayu yang berniaga menumpang di kedai kedai cina jual nasi lemak.

Cermin2mirror akan sentiasa bekerja makan gaji la kalau macam ni punya karenah..

Cermin Pandang Belakang


Saya dudok di belakang.
Inilah CERMIN  yang amat mujarab bila saya bercakap dengan pemandu teksi.
Saya suka bercakap dan pandang terus ke mata..
Jadi takkan saya nak pergi kedepan dan lihat mata beliau masa bercakap
Bahaya pun ada juga sebab dia tengah driving.
Terpaksalah saya tengok kat cermin pandang belakang
 pemandu ni pun setiap kali bercakap dengan saya dia akan pandang saya melalui cermin tu
Bagus etika pemandu teksi ni..
Itu lah penting nya cermin.

Tapi saya heran ada juga Penjaga Rakyat yang pernah saya bersalam
Tangan pegang,mata pandang ke tempat lain
 Lain kali bila bersalam
saya akan bawa CERMIN.

Naik Teksi

C2M..Cermin2Mirror!
Hari ni naik teksi ..Pergi KL
Bercerita kisah pemandu teksi di KL ..Ermmm

Kisah menteri yang jaga lesen teksi yang bagi lesen secara BUNDLE kepada syarikat teksi
(mungkin kepunyaan crony menteri)..Keluhan si driver ni C2M dengar dengan penuh kesal..
Kata dia..Dia dah bankrupt dek kerana perniagaan sebelum ni entah apa yang tak kena dengan rakan kongsi..
Di tipu dan terus kehilangan semuanya..Kesian juga..Berhutang Bank punya la banyak..Tak boleh nak recover sampai tua katanya...

Dia ada juga apply lesen teksi ..tapi tak dapat approval walaupun dia guna nama adik beradik dia..sebab dia bankrupt..
Masa Noh Omar jaga dulu katanya senang jer dapat lesen..Sebab kata dia Bapa Noh Omar dulu Pemandu Teksi..C2M agak betul la agaknya...
Tapi menteri sekarang ni susah nak bagi lesen...
Dia sewa teksi kepunyaan Crony Bundle..satu hari RM 50..
Penat la juga nak mencari duit sewa katanya sebab persaingan cukup hebat..

Story yang best C2M dengar ialah..
Kalau pun dapat lesen,masaalahnya susah nak dapat loan bank nak beli kereta..
Sebab dia bankrupt..
Terpaksa lah mencari orang yang dapat memberi pinjaman atau pun secara kasar ALONG LA..
Bayangkan kalau kena bayar RM2500 sebulan ...
Tak termasuk duit minyak dan perbelanjaan maintenance kereta..
Tolak kiri,tolak kanan..makan kuah jer la setiap bulan...

Kesian juga bila dengar story pemandu teksi ni..anak ada 8 orang..ni nak beli baju sekolah anak anak pun tak tau lagi mcm mana..
Saman bulan lepas pun banyak yang tak dapat bayar..Sebab ambil penumpang di kawasan yang tak di benarkan.

Dia complain juga kenapa bila pergi KLIA,hanya boleh bawa saja ke KLIA tapi balik kena kosong..Tak boleh ambik penumpang..sah kena saman oleh JPJ sebab airport limo akan complain..

Macam ada sindiket katanya..semua nak monopoly..susah nak cari makan..
Ada juga persatuan,tapi bising sekejap saja..si presiden bila pegang jawatan,mula mula tu bising macam nak rak..lama lama diam terus..sebab kerajaan tutup mulut dengan lesen yang di beri khusus untuk presiden..
Aduhhhh..kesian juga..Entah la Tuan..kata dia..Malaysia ni macam apa apa jer..

Macam mana lah kerajaan nak kami simpati lagi..kadang2 tu terpikir juga nak pangkah pembangkang la di PRU 13 ni..kita tengok la dia orang nak tolong kami ke tidak kalau pembangkang menang nanti..

C2M terkedu sekejap...

C2M duduk di belakang dan terus melihat cermin pandang belakang teksi beliau..
Tengok dari wajah pemandu ni..macam ada kekesalan mengenag gelagat orang2 politik yang sepatutnya
menjaga moral pemandu pemandu teksi yang kebayakan orang orang bankrupt atau susah...

Cermin lah sikit wahai penjaga rakyat...

Tuesday, December 7, 2010

PENGENALAN

Blog saya ni bukan nak jual CERMIN!!!!!
Dari kecik sampai ke tua saya tau cermin ni semua orang perlu!!!!
Kecik kecik bila mak bagi cermin...saya akan main dengan cermin...
Saya senyum senyum .tengok gigi dua batang...masa kecik kecik...
Saya suka tengok cermin sebab saya rasa hensem!!!!
Saya tak suka cermin bila bangun tidooooo!!!!!
Saya memamng suka kan cermin bila nak sikat rambut!!!!
Saya perlu cermin bila nak tengok belakang diri!!!
SEMUA ORANG PERLU CERMIN
Hebat sungguh keperluan cermin!!!!