Sunday, March 18, 2012

Jati Diri

Cerita Jati Diri.

Melayu tetap ada Jati Diri.Sudah menjadi lumrah bahawa bangsa melayu mempunyai Jati Diri yang kental bila maruah dan ugama di perkotak katikkan.ITU DULU..Zaman zaman UMNO sedang memperjuangkan hak Melayu.Zaman itu,apa saja yang di perkatakan tentang maruah,Semangat Melayu berkobar kobar dan bersatu demi bangsa dan Ugama.

SEKARANG!!!!

Selepas melayu telah menjadi antara kaum yang berjaya di Tanah air sendiri,semua salasilah zaman dulu telah banyak di lupakan.Keperitan hidup tok nenek zaman dulu,sudah hilang dan di lupakan.Maklumlah,melayu dah berjaya.Dah boleh bawa ferrari,Lamborghini dan macam macam kemewahan,rumah besar,syarikat besar dll.Apa perlu kita hidupkan sejarah perjuangan.Lantak lah.Itu dulu.Penat lelah tok nenek yang dah lama pergi,tak perlu lagi di imbas kembali.Yang penting,masa depan (tak tau berapa lama lagi),semua nak berebut untuk lebih kaya raya.

RAPUH

Dalam merebut kuasa dan kekayaan,semangat jati diri dan semangat bersatu padu terus rapuh dek mengejar kuasa.Yang penting bergaduh sesama sendiri,berpecah belah,tikam menikam,tuduh menuduh,demi kuasa.Sehinggakan,yang baik dan terbaik didepan mata,dikatakan terBURUK,terHARAM,ter.....macam macam lagi.

Cermin2 kembali sejarah silam..asal usul Bangsa melayu yang merempat di satu ketika dulu,kejayaan hari ini adalah atas dasar perjuangan arwah2 tok nenek moyang kita.
jangan kerana,kuasa yang belum tentu akan membahagiakan melayu,yang masih samar2 keupayaan,yang mereka juga masih 50/50 (bolih ker aku ni jadi KETUA),Rakyat di pergunakan untuk kepentingan perbadi...HANCUR semuanya nanti.

Nauzubillah...