Sunday, March 18, 2012

Jati Diri

Cerita Jati Diri.

Melayu tetap ada Jati Diri.Sudah menjadi lumrah bahawa bangsa melayu mempunyai Jati Diri yang kental bila maruah dan ugama di perkotak katikkan.ITU DULU..Zaman zaman UMNO sedang memperjuangkan hak Melayu.Zaman itu,apa saja yang di perkatakan tentang maruah,Semangat Melayu berkobar kobar dan bersatu demi bangsa dan Ugama.

SEKARANG!!!!

Selepas melayu telah menjadi antara kaum yang berjaya di Tanah air sendiri,semua salasilah zaman dulu telah banyak di lupakan.Keperitan hidup tok nenek zaman dulu,sudah hilang dan di lupakan.Maklumlah,melayu dah berjaya.Dah boleh bawa ferrari,Lamborghini dan macam macam kemewahan,rumah besar,syarikat besar dll.Apa perlu kita hidupkan sejarah perjuangan.Lantak lah.Itu dulu.Penat lelah tok nenek yang dah lama pergi,tak perlu lagi di imbas kembali.Yang penting,masa depan (tak tau berapa lama lagi),semua nak berebut untuk lebih kaya raya.

RAPUH

Dalam merebut kuasa dan kekayaan,semangat jati diri dan semangat bersatu padu terus rapuh dek mengejar kuasa.Yang penting bergaduh sesama sendiri,berpecah belah,tikam menikam,tuduh menuduh,demi kuasa.Sehinggakan,yang baik dan terbaik didepan mata,dikatakan terBURUK,terHARAM,ter.....macam macam lagi.

Cermin2 kembali sejarah silam..asal usul Bangsa melayu yang merempat di satu ketika dulu,kejayaan hari ini adalah atas dasar perjuangan arwah2 tok nenek moyang kita.
jangan kerana,kuasa yang belum tentu akan membahagiakan melayu,yang masih samar2 keupayaan,yang mereka juga masih 50/50 (bolih ker aku ni jadi KETUA),Rakyat di pergunakan untuk kepentingan perbadi...HANCUR semuanya nanti.

Nauzubillah...

Sunday, June 12, 2011

Pemimpin UMNO

Ingatan agar para pemimpin UMNO membuang perangai buruk, terus kedengaran dari semasa ke semasa. Sama ada ingatan tersebut datangnya daripada kepimpinan teratas mahupun daripada akar umbi, para pemimpin UMNO sebenarnya sentiasa diperingatkan bahawa tindak tanduk mereka sentiasa diperhatikan.

Namun adakah para pemimpin UMNO benar-benar telah berubah dan menuruti ingatan serta nasihat tersebut?

Pemimpin UMNO masih merasakan mereka adalah pejuang untuk rakyat.Apa yang mereka lakukan untuk kesejahteraan rakyat?
Menyediakan Jalan Raya,Sekolah,Dewan,Air bersih dan lain lain..Itu adalah tanggungjawab..
Yang penting bagi saya ialah UMNO seharusnya menyediakan prasarana perniagaan yang terbaik untuk Melayu..
Kalau kita lihat Kedai KK di merata pelusuk negara sekarang ini kepunyaan siapa?Taukeynya Cina,suppliernya Cina,PEMBELI kebanyakan Melayu..
kenapa UMNO tidak adakan kedai kedai runcit saperti ini di seluruh Malaysia dimana ianya dimiliki olih orang Melayu dan suppliernya orang Melayu dan seharusnya pembeli juga melayu,sebab orang2 Cina tidak akan membeli di kedai Melayu..Ini bukan racist,tetapi ini cerita benar..
UMNO harus memikirkan sedalam dalamnya untuk menaikkan ekonomi melayu.Bukan hanya mengejar projek buat jalan,buat sekolah,buat longkang,dan lain lain..

Pemimpin UMNO

Ingatan agar para pemimpin UMNO membuang perangai buruk, terus kedengaran dari semasa ke semasa. Sama ada ingatan tersebut datangnya daripada kepimpinan teratas mahupun daripada akar umbi, para pemimpin UMNO sebenarnya sentiasa diperingatkan bahawa tindak tanduk mereka sentiasa diperhatikan.

Namun adakah para pemimpin UMNO benar-benar telah berubah dan menuruti ingatan serta nasihat tersebut?

Pemimpin UMNO masih merasakan mereka adalah pejuang untuk rakyat.Apa yang mereka lakukan untuk kesejahteraan rakyat?
Menyediakan Jalan Raya,Sekolah,Dewan,Air bersih dan lain lain..Itu adalah tanggungjawab..
Yang penting bagi saya ialah UMNO seharusnya menyediakan prasarana perniagaan yang terbaik untuk Melayu..
Kalau kita lihat Kedai KK di merata pelusuk negara sekarang ini kepunyaan siapa?Taukeynya Cina,suppliernya Cina,PEMBELI kebanyakan Melayu..
kenapa UMNO tidak adakan kedai kedai runcit saperti ini di seluruh Malaysia dimana ianya dimiliki olih orang Melayu dan suppliernya orang Melayu dan seharusnya pembeli juga melayu,sebab orang2 Cina tidak akan membeli di kedai Melayu..Ini bukan racist,tetapi ini cerita benar..
UMNO harus memikirkan sedalam dalamnya untuk menaikkan ekonomi melayu.Bukan hanya mengejar projek buat jalan,buat sekolah,buat longkang,dan lain lain..

Thursday, May 5, 2011

UMNO itu hak Melayu

UMNO adalah parti yang memperjuangkan keadilan untuk orang orang MELAYU.Mempertahankan hak hak MELAYU.Setiap kebaikan yang dilakukan untuk masyarakat MELAYU,UMNO akan di asak secukup cukupnya olih pihak pembangkang yang mempunyai agenda tersendiri melalui kata kata hasutan dan dengki khianat.
Apa yang dilakukan untuk kebaikan masyarakat sudah tentu akan ditentang habis2an walaupun pada hakikatnya disedari olih semua Rakyat Malaysia bahawa semuanya betul tetapi akan di putar belitkan untuk kepentingan peribadi.
Rakyat yang taksub akan mempercayai bulat bulat dan rakyat yang taksub ini akan di pergunakan sebaik baiknya untuk mencapai matlamat dan tujuan mereka.
Perkara yang menyedihkan lagi ialah MELAYU sendiri yang mengasak perjuangan UMNO.Dalaman UMNO juga kucar kacir dan kesempatan ini di ambil olih parti pembangkang untuk melonggarkan lagi cantuman melayu.Pihak bukan melayu terus mengambil kesempatan ini untuk mengasak bertubi tubi kekuatan UMNO.
Pecah UMNO,pecah lah MELAYU.
Berkecai UMNO,berkecailah perpaduan
Hakikatnya..melayu akan kerugiaan.

Saturday, February 12, 2011

Mahathir: Malays in dilemma over defence of own race

Tentunya banyak kebenaran dari text ucapan Tun.
UMNO itu melayu dan kita sedar melayu perlu UMNO.Tapi orang UMNO banyak yang menyeleweng.Masuk UMNO kalau ada project.Tak dapat perojek,lari masuk pembangkang.Perjuangan untuk diri sendiri.
Rakyat di tipu bulat bulat sebab ketua kaki penipu.
Rakyat perlukan bantuan dan bantuan tak sampai kepada rakyat.Salah siapa?
Rakyat miskin tak tau ilmu politik atasan.Dapat pujiaan atau suapan,terus ikut buta tuli.
Melayu nak bersuara di peringkat bawah,permainan di atas berlainan pula,Rakyat confuse.
Yang penting,permainan diatas harus di kawal dengan baik,barulah rakyat paham tujuan maksud sebenarnya.
Yang di bandar permainannya lain dan yang di kampung permainannya lain.
Bila nak umpan rakyat kampung,bawa masuk perojek besar2an.Yang dapat perojek tu,orang UMNO.
Bila siap saja complex atau bangunan,rakyat seronok sendiri tapi perojek kecik2 sampingan semua orang politik yang dapat.Dah la yang besar pun masuk poket ketua2 UMNO.Tu pun bukan dia yang buat.Syarikat proxy dia yang buat.Rata2 supplier sah la bukan Melayu.Melayu jadi broker saja.
Itu kalau di satu daerah.Kalau di seluruh Malaysia,berjuta juta masuk poket .Bukan poket orang Melayu.
Bila nak capai 30% kalau macam ni.
Bila kaya,hanya yang berkepentingan.Jurang kaya dan miskin semakin jauh.Ruangan di tengah2 adalah melayu.
Nak bersaing macam mana kalau dah tak ada duit atau ilmu.Yang duit banyak boleh la melobi perojek.Yang tak ada duit,kecundang.Jadi,kejayaan akan berulang kepada broker2 politik saja.Kalau dia dapat banyak,dia akan kumpul aset kekayaan.Nak lobi projek lagi.Dia sorang saja yang makin maju.Rakyat ,macam tu juga laaa.So ,dari 1000 orang ,hanya `1 orang saja yang menjadi jadi.
Kalau pun ada orang lain nak main permainan yang sama,sah sah kena racun atau bomoh (permainan dan ketagihan orang melayu).
Ada network yang baik di persekitaran juga tidak menjamin akan berjaya sebab dalam kerjaan pun main duit.
Ada ilmu dan kepakaran pun tak juga menjamin kemenangan.
Ada duit semua jadi.
Sapa yang banyak duit?Melayu ka?
Yang banyak duit dan ilmu dan network ,mungkin segelintir saja melayu.Tapi dia nak simpan banyak2 jadi gunung dan bukan nak tolong menolong sama2 melayu.
Pergi jumpa Cina,senang saja nak tolong,sebab melayu itu bumiputra.Kalau lu boleh dapat perojek ni,gua kasi komision.
Makan komisi saja lah orang melayu sebab ada connection.
Kalau nak bid contract besar2 ni,melayu perlukan cina sebab rata2 pembekal orang cina.Harga untuk melayu dan harga untuk orang2 dia cukup jauh berbeza.Ini permainan.Ada syarikat melayu yang dapatkan perojek,yang buat nya Cina.Yang buat tu dapat margin besar,dan yg dapt margin besar sudah tentu makin kaya.
Jurang makin jauh.nak kejar macam mana TUN?
Ini reality.Makin kita kejar,makin jauh di tinggal..
Pikir pikrkan la..
Suara melayu macam dah tak laku sekarang..Di tambah pula berlaku perpecahan sekarang.

Perancangan yg rapi akan memberi kesan yang baik.

Saya menonton Isteri PM ,Datin Rosmah bercakap secara langsung di TV 1 mengenai 'kanak kanak'.Isu yang di perkatakan cukup baik untuk kita analisa.Padat dengan informasi.
Saya terdengar bermacam macam  tohmahan dan kutukan terhadap beliau.Tapi bila perhatikan inti pati dalam rancangan tersebut,saya rasakan beliau adalah seorang yang boleh merancang.Isu yang di perkatakan penuh dengan isi yang padat.A well research talk.
apa yang membuat saya ingin menulis adalah kata kata beliau.
Banyak yang merancang sesuatu dengan cara AD HOC dan tanpa follow up dan lepas itu,SYOK SENDIRI.
C2M perhatikan banyak perancang di Malaysia ni suka merancang sesuatu dan impliment sesuatu dan lepas tu jadi gajah putih.lepas tu syok sendiri.Betul apa yang Datin Rosmah cakap tu.
Sebab itu lah kot ramai yang tak suka kat DatinRosmah.
Bagi C2M,itu lah sepatutnya yang perlu di perkatakan..Jangan rancang dan syok sendiri.