Sunday, June 12, 2011

Pemimpin UMNO

Ingatan agar para pemimpin UMNO membuang perangai buruk, terus kedengaran dari semasa ke semasa. Sama ada ingatan tersebut datangnya daripada kepimpinan teratas mahupun daripada akar umbi, para pemimpin UMNO sebenarnya sentiasa diperingatkan bahawa tindak tanduk mereka sentiasa diperhatikan.

Namun adakah para pemimpin UMNO benar-benar telah berubah dan menuruti ingatan serta nasihat tersebut?

Pemimpin UMNO masih merasakan mereka adalah pejuang untuk rakyat.Apa yang mereka lakukan untuk kesejahteraan rakyat?
Menyediakan Jalan Raya,Sekolah,Dewan,Air bersih dan lain lain..Itu adalah tanggungjawab..
Yang penting bagi saya ialah UMNO seharusnya menyediakan prasarana perniagaan yang terbaik untuk Melayu..
Kalau kita lihat Kedai KK di merata pelusuk negara sekarang ini kepunyaan siapa?Taukeynya Cina,suppliernya Cina,PEMBELI kebanyakan Melayu..
kenapa UMNO tidak adakan kedai kedai runcit saperti ini di seluruh Malaysia dimana ianya dimiliki olih orang Melayu dan suppliernya orang Melayu dan seharusnya pembeli juga melayu,sebab orang2 Cina tidak akan membeli di kedai Melayu..Ini bukan racist,tetapi ini cerita benar..
UMNO harus memikirkan sedalam dalamnya untuk menaikkan ekonomi melayu.Bukan hanya mengejar projek buat jalan,buat sekolah,buat longkang,dan lain lain..

Pemimpin UMNO

Ingatan agar para pemimpin UMNO membuang perangai buruk, terus kedengaran dari semasa ke semasa. Sama ada ingatan tersebut datangnya daripada kepimpinan teratas mahupun daripada akar umbi, para pemimpin UMNO sebenarnya sentiasa diperingatkan bahawa tindak tanduk mereka sentiasa diperhatikan.

Namun adakah para pemimpin UMNO benar-benar telah berubah dan menuruti ingatan serta nasihat tersebut?

Pemimpin UMNO masih merasakan mereka adalah pejuang untuk rakyat.Apa yang mereka lakukan untuk kesejahteraan rakyat?
Menyediakan Jalan Raya,Sekolah,Dewan,Air bersih dan lain lain..Itu adalah tanggungjawab..
Yang penting bagi saya ialah UMNO seharusnya menyediakan prasarana perniagaan yang terbaik untuk Melayu..
Kalau kita lihat Kedai KK di merata pelusuk negara sekarang ini kepunyaan siapa?Taukeynya Cina,suppliernya Cina,PEMBELI kebanyakan Melayu..
kenapa UMNO tidak adakan kedai kedai runcit saperti ini di seluruh Malaysia dimana ianya dimiliki olih orang Melayu dan suppliernya orang Melayu dan seharusnya pembeli juga melayu,sebab orang2 Cina tidak akan membeli di kedai Melayu..Ini bukan racist,tetapi ini cerita benar..
UMNO harus memikirkan sedalam dalamnya untuk menaikkan ekonomi melayu.Bukan hanya mengejar projek buat jalan,buat sekolah,buat longkang,dan lain lain..

Thursday, May 5, 2011

UMNO itu hak Melayu

UMNO adalah parti yang memperjuangkan keadilan untuk orang orang MELAYU.Mempertahankan hak hak MELAYU.Setiap kebaikan yang dilakukan untuk masyarakat MELAYU,UMNO akan di asak secukup cukupnya olih pihak pembangkang yang mempunyai agenda tersendiri melalui kata kata hasutan dan dengki khianat.
Apa yang dilakukan untuk kebaikan masyarakat sudah tentu akan ditentang habis2an walaupun pada hakikatnya disedari olih semua Rakyat Malaysia bahawa semuanya betul tetapi akan di putar belitkan untuk kepentingan peribadi.
Rakyat yang taksub akan mempercayai bulat bulat dan rakyat yang taksub ini akan di pergunakan sebaik baiknya untuk mencapai matlamat dan tujuan mereka.
Perkara yang menyedihkan lagi ialah MELAYU sendiri yang mengasak perjuangan UMNO.Dalaman UMNO juga kucar kacir dan kesempatan ini di ambil olih parti pembangkang untuk melonggarkan lagi cantuman melayu.Pihak bukan melayu terus mengambil kesempatan ini untuk mengasak bertubi tubi kekuatan UMNO.
Pecah UMNO,pecah lah MELAYU.
Berkecai UMNO,berkecailah perpaduan
Hakikatnya..melayu akan kerugiaan.

Saturday, February 12, 2011

Mahathir: Malays in dilemma over defence of own race

Tentunya banyak kebenaran dari text ucapan Tun.
UMNO itu melayu dan kita sedar melayu perlu UMNO.Tapi orang UMNO banyak yang menyeleweng.Masuk UMNO kalau ada project.Tak dapat perojek,lari masuk pembangkang.Perjuangan untuk diri sendiri.
Rakyat di tipu bulat bulat sebab ketua kaki penipu.
Rakyat perlukan bantuan dan bantuan tak sampai kepada rakyat.Salah siapa?
Rakyat miskin tak tau ilmu politik atasan.Dapat pujiaan atau suapan,terus ikut buta tuli.
Melayu nak bersuara di peringkat bawah,permainan di atas berlainan pula,Rakyat confuse.
Yang penting,permainan diatas harus di kawal dengan baik,barulah rakyat paham tujuan maksud sebenarnya.
Yang di bandar permainannya lain dan yang di kampung permainannya lain.
Bila nak umpan rakyat kampung,bawa masuk perojek besar2an.Yang dapat perojek tu,orang UMNO.
Bila siap saja complex atau bangunan,rakyat seronok sendiri tapi perojek kecik2 sampingan semua orang politik yang dapat.Dah la yang besar pun masuk poket ketua2 UMNO.Tu pun bukan dia yang buat.Syarikat proxy dia yang buat.Rata2 supplier sah la bukan Melayu.Melayu jadi broker saja.
Itu kalau di satu daerah.Kalau di seluruh Malaysia,berjuta juta masuk poket .Bukan poket orang Melayu.
Bila nak capai 30% kalau macam ni.
Bila kaya,hanya yang berkepentingan.Jurang kaya dan miskin semakin jauh.Ruangan di tengah2 adalah melayu.
Nak bersaing macam mana kalau dah tak ada duit atau ilmu.Yang duit banyak boleh la melobi perojek.Yang tak ada duit,kecundang.Jadi,kejayaan akan berulang kepada broker2 politik saja.Kalau dia dapat banyak,dia akan kumpul aset kekayaan.Nak lobi projek lagi.Dia sorang saja yang makin maju.Rakyat ,macam tu juga laaa.So ,dari 1000 orang ,hanya `1 orang saja yang menjadi jadi.
Kalau pun ada orang lain nak main permainan yang sama,sah sah kena racun atau bomoh (permainan dan ketagihan orang melayu).
Ada network yang baik di persekitaran juga tidak menjamin akan berjaya sebab dalam kerjaan pun main duit.
Ada ilmu dan kepakaran pun tak juga menjamin kemenangan.
Ada duit semua jadi.
Sapa yang banyak duit?Melayu ka?
Yang banyak duit dan ilmu dan network ,mungkin segelintir saja melayu.Tapi dia nak simpan banyak2 jadi gunung dan bukan nak tolong menolong sama2 melayu.
Pergi jumpa Cina,senang saja nak tolong,sebab melayu itu bumiputra.Kalau lu boleh dapat perojek ni,gua kasi komision.
Makan komisi saja lah orang melayu sebab ada connection.
Kalau nak bid contract besar2 ni,melayu perlukan cina sebab rata2 pembekal orang cina.Harga untuk melayu dan harga untuk orang2 dia cukup jauh berbeza.Ini permainan.Ada syarikat melayu yang dapatkan perojek,yang buat nya Cina.Yang buat tu dapat margin besar,dan yg dapt margin besar sudah tentu makin kaya.
Jurang makin jauh.nak kejar macam mana TUN?
Ini reality.Makin kita kejar,makin jauh di tinggal..
Pikir pikrkan la..
Suara melayu macam dah tak laku sekarang..Di tambah pula berlaku perpecahan sekarang.

Perancangan yg rapi akan memberi kesan yang baik.

Saya menonton Isteri PM ,Datin Rosmah bercakap secara langsung di TV 1 mengenai 'kanak kanak'.Isu yang di perkatakan cukup baik untuk kita analisa.Padat dengan informasi.
Saya terdengar bermacam macam  tohmahan dan kutukan terhadap beliau.Tapi bila perhatikan inti pati dalam rancangan tersebut,saya rasakan beliau adalah seorang yang boleh merancang.Isu yang di perkatakan penuh dengan isi yang padat.A well research talk.
apa yang membuat saya ingin menulis adalah kata kata beliau.
Banyak yang merancang sesuatu dengan cara AD HOC dan tanpa follow up dan lepas itu,SYOK SENDIRI.
C2M perhatikan banyak perancang di Malaysia ni suka merancang sesuatu dan impliment sesuatu dan lepas tu jadi gajah putih.lepas tu syok sendiri.Betul apa yang Datin Rosmah cakap tu.
Sebab itu lah kot ramai yang tak suka kat DatinRosmah.
Bagi C2M,itu lah sepatutnya yang perlu di perkatakan..Jangan rancang dan syok sendiri.

Sunday, February 6, 2011

KAKI COMPLAIN

Juak2 PAS ni memang kaki complain.Cukup lah sedara sedara Islam PAS oooiiii.
Nak Islam macam mana lagi oooiii..Pemerintahan yang kita ada ni dah cukup Islam la ...Jangan la dok twist words dan berbohong dengan rakyat lagi..Nak punah ranah macam di MESIR ka????

Pak turut PAS dan kanak kanak (dewasa yg tak reti nak berfikir) yang asyik complain dengan pemerintahan BN (itu tak betul,Ini tak betul)..dah dah la..Cuba perati apa baik nya dengan PAS sekarang???Buat catatan.Semenjak pegang Selangor dah beberapa Tahun ni..Apa yang PAS buat?tak lain tak bukan..COMPLAIN,fitnah,solat HAJAT,mengumpat,cari salah orang,(gajah depan mata tak Nampak),Bila masa nak kerja bantu rakyat niii…..

Kita ni tak ubah macam PENONTON BOLA SEPAK la pengikut pengikut PAS ooiiii.Seronok tengok pemain sedang beraksi di padang.Kalau di sebelah kiri dan kanan,ada tak kita dengar penonton COMPLAIN.apaaaraaa...sepak pun tak betull..laaaa..awat la tak masuk GOL???Laaa ..awat la si polan tu..tak tau nak sepak bola..Laaaa..awat la goal keeper tu bodoh...laaa awat la macam macam lagiii..
TAPI..KALAU LAH KAMI LETAK YANG DOK COMPLAIN NI DI TENGAH PADANG..BOLA LALU DEPAN MATA PUN ,TAH TAH SWING KEMANA.

Sama lah dengan politik PAS ooiiiii..dah berapa lama dok main di Kelantan..Bagus sangat ka???si Captain padang tu asyik bercakap belit belit..Kalau lah hari ni,dia yang handle case EVACUATION rakyat Malaysia di Mesir tu..sah sah dia kata..TAK PAYAH BALIK,BIAR KITA MATI SYAHID.Inilah yang dia akan kata??????
Lepas tu bila dah ibu bapa mendesak,dia guna la MACHAI dia suruh COMPLAIN dengan media kata KERAJAAN BN lambat bertindak.TWIST words lagiiii..Baling batu,sembunyi tangan..Inilah kerja orang2 PAS.Kata ISLAM,belit belit kalahkan kap,lam,ya,nga..Nak menagih undi konon,tapi menghancurkan sesama ISLAM...Kalau di padang bola,ini namanya..PERMAINAN KOTOR...BUKAN SEPAK BOLA,SEPAK KAKI...dalam politik,kita namakan TIKAM BELAKANG LAAA!!!!!!!!!Busuk hati.


Bila operasi ni tamat dan semua pelajar pelajar Malaysia selamat balik nanti,C2M nak tengok apa kata puak puak ni pula.Kita tengok la,apa complain puak2 ni nanti..MEMANG SEMUA TAK BETUL LAAAAA...

Saturday, February 5, 2011

Mesir Bergolak

Pro Kerajaan dan Anti Kerajaan!!!!

SEmakin merunching!!!!

Siapa sebenarnya yang Anti Kerajaan di Mesir???
Rakyat biasa?
Orang politik?
Kumpulan koporat?
Orang kerjaan sendiri?
Pekerja kilang?
Business man yang tak dapat contract?
Orang politik yang tak dapat nak pegang kuasa,sebab terlalu lama menunggu?
KENAPA ADA TAK PUAS HATI OLEH ORANG2 INI?
Adakah harga barang naik?
Adakah TOL naik ?
Mungkin gaji tak naik?
Mungkin corruption terlalu tinggi?Orang2 di dalam kerajaan dah ada chrony masing2?
Mungkin chrony2 Hosni Mubarak dah blok semua project?
SIAPA DI BELAKANG DALAM RUSUHAN INI?
Mungkin orang politik yang tak sabar nak jadi Pemimpin tertinggi?
Mungkin chrony pemimpin yg bercita cita tinggi tersebut yang membiayai semuanya?
Mungkin juga anasir luar yg talam dua muka?Mana tau USA ker?Depan mulut manis di belakang tikam?
Mungkinkah negara Islam yang berdekatan?Sempadan?Yg cemburu dengan keamanan di Mesir?
Mungkin Israel?Boleh jadi ka?
KALAULAH RAKYAT MESIR YG DI UPAH MEMBUAT RUSUHAN SEBEGINI,SIAPA YANG UNTUNG DAN SIAPA AKAN RUGI?
Yg untung kumpulan rusuhan ka?Dapat la duit beli beras..agaknya la
Chrony anti kerajaan ke yg untung?Sebab kemusnahan nanti mungkin dapat contract baru nak perbetulkan apa yang rosak?
SIAPA YG RUGI?
Rakyat biasa ka?
Kerajaan ka?
Orang luar ka?
Negara ka?
SIAPA YG UNTUNG?
Rakyat ka?
pemimpin yg baru ka?
Korporat ka?
Israel ka?
USA ka?
Dalang2 ka?
BERAPA LAMA AGAKNYA UNTUK BANGUN SEMULA?
1 tahun?
2 tahun?
3 tahun?
C2m tak ada jawapan..sorry..tolong jawab sikit.
BERAPA HARGA RUSUHAN INI?
1 juta,2 juta,3 juta atau berapa trillion?
SERONOK KAN BILA ADA RUSUHAN?
seronok tengok rakyat susah..kan gitu?
seronok tengok semua rosak selepas 30 tahun nak bangunkan infrastructure?
seronok tengok bangunan semua rosak?
seronok tengok jalan2 dan jambatan rosak?
seronok tengok semua investor lari balik kampung?
seronok tengok bank semua kosong?
seronok tengok orang luar senyum sindir kita dah jatuh?
seronok tengok jiran2 sempadan bertepuk tangan tengok dah jatuh?
seronok tengok rakyat kena remote control oleh orang luar?
KALAU DAH BOCOR MACAM NI,SIAPA YG UNTUNG BESAR?
Rakyat biasa ka?
org luar ka?
chrony ka?
Orang lama ka?
ADUHAIIIIII...MACAM2 PERSOALAN .HARAP2 JANGAN LA BERLAKU DI MALAYSIA TERSYANG NI..

Sunday, January 9, 2011

Thursday, January 6, 2011

Public Transport Malaysia

Pengalaman menggunakan Kenderaan awam atau pengangkutan awam adalah Indah kabar dari rupa.

Menaiki teksi di sekitar Kuala Lumpur cukup memalukan.Antara nya adalah keadaan kereta yang tidak di jaga dengan betul oleh pemilik kenderaan.Pagi tadi,c2m menaiki teksi ke tempat kerja  kerana hujan yang agak lebat dan sudah tentu jalan raya akan sebok atau sesak dan mungkin satu pulihan yang baik kerana tidak perlu memandu di dalam kesesakan.

C2M menaiki teksi proton saga yang sudah usang dan di pandu oeh pemandu yang juga uzur.Oleh kerana kesejukan ,C2M tidak terasa tempat dudok juga di penuhi air.C2M cuba bersembang juga dengan pak cik tersebut.Katanya dia baru saja menghantar penumpang ke KLIA bebangsa Iran pada pukul 4 pagi.

Bayangkan apabila sampai saja di destinasi,seluar C2M basah lencun dan bayangkan lah permulaan hari yang agak malang di pejabat dengan seluar yang basah di punggung..

Bahasa yang di gunakan oleh pemandu (Orang Malaysia) cukup pengit mendengar apabila saja dia meluahkan
semua isi perut mengutuk kerajaan yang memerintah.Tak cukup dengan mengutuk yang berkenaan,dia juga meluahkan perasaan terhadap Tuanku Raja Selangor.Hebat betul dia bercerita tentang kebodohan raja dan pemerintah.Rasanya kalau C2M bawa dia berjumpa dengan Tuanku,mau dia rebah kot kalau berdepan dengan Raja.

Melihatkan keadaan pakaian dia,C2M rasa kesian dengan dia.Bila tengok keadaan kereta yang uzur,C2M rasa lagiiii kesian.Tapi bila dengar dia bercakap itu tak betul,ini tak betul,rasa menyampah melebihi rasa kesian.

Berlainan sekali apabila C2M menggunakan perkhidmatan awam di luar negara.

Kereta yang kemas dan di sediakan surat kabar dan pemandu yang cukup berhemah.Pakaian pemandu sudah cukup membuatkan C2M merasakan mereka cukup berbangga memandu teksi.Cukup professional.

Apabila C2M mengacukan satu satu soalan di jawab dengan penuh berhemah.Bukan itu saja,pengetahuan am yang cukup baik dan C2M cukup kagum.Suara yang lemah lembut membuatkan C2M mersakan perjalan 30 minit tidak cukup untuk bersembang dengan pemandu tersebut.

Kita akan menuju ke 2020 tapi kalau lah perkhidmatan awam yang di kendalikan oleh mamat mamat saperti yg C2M ceritakan tadi..Aduhaiiiiiii..jauh lagi la nak jadi Malaysia maju kalau di bandingkan dengan Negara luar.

Dimanakah silap nya..