Sunday, January 9, 2011

Beri KUASA kepada penumpang

The accident rate in Malaysia is among the highest in the region..Setuju sangat.

Thursday, January 6, 2011

Public Transport Malaysia

Pengalaman menggunakan Kenderaan awam atau pengangkutan awam adalah Indah kabar dari rupa.

Menaiki teksi di sekitar Kuala Lumpur cukup memalukan.Antara nya adalah keadaan kereta yang tidak di jaga dengan betul oleh pemilik kenderaan.Pagi tadi,c2m menaiki teksi ke tempat kerja  kerana hujan yang agak lebat dan sudah tentu jalan raya akan sebok atau sesak dan mungkin satu pulihan yang baik kerana tidak perlu memandu di dalam kesesakan.

C2M menaiki teksi proton saga yang sudah usang dan di pandu oeh pemandu yang juga uzur.Oleh kerana kesejukan ,C2M tidak terasa tempat dudok juga di penuhi air.C2M cuba bersembang juga dengan pak cik tersebut.Katanya dia baru saja menghantar penumpang ke KLIA bebangsa Iran pada pukul 4 pagi.

Bayangkan apabila sampai saja di destinasi,seluar C2M basah lencun dan bayangkan lah permulaan hari yang agak malang di pejabat dengan seluar yang basah di punggung..

Bahasa yang di gunakan oleh pemandu (Orang Malaysia) cukup pengit mendengar apabila saja dia meluahkan
semua isi perut mengutuk kerajaan yang memerintah.Tak cukup dengan mengutuk yang berkenaan,dia juga meluahkan perasaan terhadap Tuanku Raja Selangor.Hebat betul dia bercerita tentang kebodohan raja dan pemerintah.Rasanya kalau C2M bawa dia berjumpa dengan Tuanku,mau dia rebah kot kalau berdepan dengan Raja.

Melihatkan keadaan pakaian dia,C2M rasa kesian dengan dia.Bila tengok keadaan kereta yang uzur,C2M rasa lagiiii kesian.Tapi bila dengar dia bercakap itu tak betul,ini tak betul,rasa menyampah melebihi rasa kesian.

Berlainan sekali apabila C2M menggunakan perkhidmatan awam di luar negara.

Kereta yang kemas dan di sediakan surat kabar dan pemandu yang cukup berhemah.Pakaian pemandu sudah cukup membuatkan C2M merasakan mereka cukup berbangga memandu teksi.Cukup professional.

Apabila C2M mengacukan satu satu soalan di jawab dengan penuh berhemah.Bukan itu saja,pengetahuan am yang cukup baik dan C2M cukup kagum.Suara yang lemah lembut membuatkan C2M mersakan perjalan 30 minit tidak cukup untuk bersembang dengan pemandu tersebut.

Kita akan menuju ke 2020 tapi kalau lah perkhidmatan awam yang di kendalikan oleh mamat mamat saperti yg C2M ceritakan tadi..Aduhaiiiiiii..jauh lagi la nak jadi Malaysia maju kalau di bandingkan dengan Negara luar.

Dimanakah silap nya..