Thursday, December 9, 2010

Naik kereta mewah

Hari ni merasa juga naik kereta mewah milik kawan yang berjaya dalam perniagaan.
Alhamdulillah..dulu sahabat saya ni memang makan pun tak cukup.

Ceriata kisah perniagaan dari dia cukup terasa hati tidak mahu menceburkan diri dalam perniagaan..
Karenah birokerasi yang amat tidak gemar saya nak dengar..

C2M rasa macam perniagaan di Malaysia ni di monopoly oleh orang2 tertentu sahaja.
Yang kaya bertambah kaya dan yang melarat akan terus melarat..
Yang tak ada duit,tak payah la nak pikir nak berniaga.
Kalau pun ada network dengan orang2 besar,mereka tidak akan layan kalau tak ada duit..
Orang kerajaan pun sama katanya..
Wahhhh..susah juga rasanya nak mulakan perniagaan

Kawan saya ni bertungkus lumus nak mulakan perniagaan.
Semua yang ada di gadaikan.,Nak buat modal.
pergi bank..semua tak layan.
Jumpa kawan yang dah berjaya pun tak nak layan.
Bermodalkan sekeping tanah peniggalan arwah ayah dan ibunya beliau memulakan perniagaan secara kecil kecil.
Setengah dari wang di simpan untuk musim tengkujuh dan setengahnya di gunakan untuk modal permulaan..
Yang sedih saya dengar bila dia kata wang yang di gunakan untuk modal itu,setengahnya di gunakan untuk melobi ..maklumla katanya orang2 kerajaan dia kena entertain..kalau tidak projek tak masyukkkkk..
Setelah mendapat perojek (tak la besar mana pun) di kira kira keuntungan tak seberapa sebab margin makin susut sebab tau tau la..nak bagi makan yang berkenaan..
Tapi oleh kerana nak melakarkan track record dalam syarikat..dia akur dengan tuntutan orang2 tersebut..
Huhhhh..penat saya dengar walau pun aircon kereta baru dia agak sejuk..kalau tak,mungkin berpeluh juga
sebab ada perasaan nak marahkan orang2 yang sepatutnya membantu dan bukannya menagguk di air keruh.

Dia mengadu,nasib baik ada duit simpanan musim tengkujuh yang di letakkan khas,itu pun dekat nak habis baru dapat first payment..Kena bayar juga nak minta tolong percepatkan pembayaran..kalau tak..kering la aku katanya...Pengorbanan dia saya kagumi..anak isteri semua ikat perut sebelum mendapat perojek pertama..

Saya heran juga la..patutla ramai orang2 melayu yang berniaga menumpang di kedai kedai cina jual nasi lemak.

Cermin2mirror akan sentiasa bekerja makan gaji la kalau macam ni punya karenah..

No comments:

Post a Comment