Saturday, February 12, 2011

Mahathir: Malays in dilemma over defence of own race

Tentunya banyak kebenaran dari text ucapan Tun.
UMNO itu melayu dan kita sedar melayu perlu UMNO.Tapi orang UMNO banyak yang menyeleweng.Masuk UMNO kalau ada project.Tak dapat perojek,lari masuk pembangkang.Perjuangan untuk diri sendiri.
Rakyat di tipu bulat bulat sebab ketua kaki penipu.
Rakyat perlukan bantuan dan bantuan tak sampai kepada rakyat.Salah siapa?
Rakyat miskin tak tau ilmu politik atasan.Dapat pujiaan atau suapan,terus ikut buta tuli.
Melayu nak bersuara di peringkat bawah,permainan di atas berlainan pula,Rakyat confuse.
Yang penting,permainan diatas harus di kawal dengan baik,barulah rakyat paham tujuan maksud sebenarnya.
Yang di bandar permainannya lain dan yang di kampung permainannya lain.
Bila nak umpan rakyat kampung,bawa masuk perojek besar2an.Yang dapat perojek tu,orang UMNO.
Bila siap saja complex atau bangunan,rakyat seronok sendiri tapi perojek kecik2 sampingan semua orang politik yang dapat.Dah la yang besar pun masuk poket ketua2 UMNO.Tu pun bukan dia yang buat.Syarikat proxy dia yang buat.Rata2 supplier sah la bukan Melayu.Melayu jadi broker saja.
Itu kalau di satu daerah.Kalau di seluruh Malaysia,berjuta juta masuk poket .Bukan poket orang Melayu.
Bila nak capai 30% kalau macam ni.
Bila kaya,hanya yang berkepentingan.Jurang kaya dan miskin semakin jauh.Ruangan di tengah2 adalah melayu.
Nak bersaing macam mana kalau dah tak ada duit atau ilmu.Yang duit banyak boleh la melobi perojek.Yang tak ada duit,kecundang.Jadi,kejayaan akan berulang kepada broker2 politik saja.Kalau dia dapat banyak,dia akan kumpul aset kekayaan.Nak lobi projek lagi.Dia sorang saja yang makin maju.Rakyat ,macam tu juga laaa.So ,dari 1000 orang ,hanya `1 orang saja yang menjadi jadi.
Kalau pun ada orang lain nak main permainan yang sama,sah sah kena racun atau bomoh (permainan dan ketagihan orang melayu).
Ada network yang baik di persekitaran juga tidak menjamin akan berjaya sebab dalam kerjaan pun main duit.
Ada ilmu dan kepakaran pun tak juga menjamin kemenangan.
Ada duit semua jadi.
Sapa yang banyak duit?Melayu ka?
Yang banyak duit dan ilmu dan network ,mungkin segelintir saja melayu.Tapi dia nak simpan banyak2 jadi gunung dan bukan nak tolong menolong sama2 melayu.
Pergi jumpa Cina,senang saja nak tolong,sebab melayu itu bumiputra.Kalau lu boleh dapat perojek ni,gua kasi komision.
Makan komisi saja lah orang melayu sebab ada connection.
Kalau nak bid contract besar2 ni,melayu perlukan cina sebab rata2 pembekal orang cina.Harga untuk melayu dan harga untuk orang2 dia cukup jauh berbeza.Ini permainan.Ada syarikat melayu yang dapatkan perojek,yang buat nya Cina.Yang buat tu dapat margin besar,dan yg dapt margin besar sudah tentu makin kaya.
Jurang makin jauh.nak kejar macam mana TUN?
Ini reality.Makin kita kejar,makin jauh di tinggal..
Pikir pikrkan la..
Suara melayu macam dah tak laku sekarang..Di tambah pula berlaku perpecahan sekarang.

No comments:

Post a Comment