Sunday, January 9, 2011

Beri KUASA kepada penumpang

The accident rate in Malaysia is among the highest in the region..Setuju sangat.

Ngeri,menakutkan,memilukan,sedeh,semua macam rasaada  bila kita tengok kemalangan yang setiap hari berlaku di jalan raya Malaysia.Statistik tak pernah turun.Tak kira hari,Tak kira hujan atau panas,Tak kira Highway atau jalan Kampung.Mana mana pun boleh dikatakan HARI2 mesti ada kemalangan.

Salah siapa?????
Pembuat Kereta patut disalahkan ker!!!!!sebab pembuat kereta mengeluarkan kereta beribu ribu satu hari di kilang.Kalau di Malaysia saja,kita ada bermacam macam model yang di buat di dalam Malaysia.
Proton,Perodua,Naza mengeluarkan bermacam macam model untuk pengguna di Malaysia.Industry permotoran cukup laku di mana mana.Keuntungan dari Industry permotoran cukup lumayan,Penjual tayar turut mendapat keuntungan.Penjual spare parts juga beruntung.Penjual accesory juga turut bersama.Wokshop juga beruntung.Penjual minyak hari hari berjuta liter akan laku.Semua industry sampingan turut maju oleh kerana Malaysia adalah di antara negara pembuat.Insurance dan Bank tunggu saja bila ada orang nak beli kereta.Kalau tak bayar hantar orang suruh tarik cara mafia.
Tayar..bermacam2 jenis tayar di jalan..ada tayar celup dan ada tayar ORI (bahasa budak2).Ada yang mendapat kelulusan dan mungkin ada yang di jual di pasaran gelap..tayar recond.
Spare parts..pembuat spare parts tumbuh macam kulat..ada yang genuine dan ada yang tak genuine.TAK ORI...Spare parts yang berasaskan besi dan getah mmg banyak di buat di Malaysia.Kilang kilang bercambah di seluruh Malaysia.Ada yang haram dan ada yang halal.Kepung sana,kepung sini,mesti ada yang terlepas pandang juga.
Itu kereta.Motosikal pun ada hak juga.Macam pembuat kereta.Murah dan budak sekolah pun boleh beli.Berjuta2 motosikal atas jalan raya Malaysia.
Sesak,Sebok dan di jalan raya macam sungai sungai yang sedang mengalir.

Salahkan pembuat jalan raya!!

Jalan di Malaysia diantara jalan terbaik di seluruh Asia.Memangg seronok memandu di Malaysia.Jalan yang cukup enak.Tambah tambah lagi kalau memandu kereta sport masuk highway NORTH SOUTH pergi ke utara Malaysia.Kalau buat jalan tak elok,nanti pembangkang kata rasuah pulak.
Bawa laju pun tak per sebab kalau JPJ atau POLIS tahan kita bayar saman.Bukan banyak pun kalau di bayar dalam matawang RINGGIT.Sebab nak enjoy jalan raya yang cukup sedap.
Jalan kampung pun sedap juga nak CILUP (bahasa budak2).
Di atas jalan..penuh dengan kenderaan yang bermacam macam jenis.sekecil2 Kancil hinggalah sebesar2 Harimau..(oops ada ka kereta nama Harimau).

Salahkan pemandu!!!
Pemandu di jalan raya juga bermacam macam perangai.Yang kecik dan yang tua.Yang berpengalamam dan yang tak berpengalaman.Lelaki dan juga perempuan.Yang ada lesen dan yang tak ada lesen.Yang bawa laju dan yang suka jadi pelesit.Yang bawa slow macam mak nenek.Yang tau undang2 dan yang suka lawan undang2.ambil mudah katakan!!!
Kalau yang jadi drebar,bila ada bos di dalam,pernagai lain sikit.Bila bos tak ada perangai terus berubah.Yang bawa BAS,tak kira keselamatan penumpang..kira syok dia saja..maklum la engin BAS tu V12..engine cukup power.Dia bukan tau brake bas dia bawa tu bukan ORI (taukey dia nak save cost sebab tayar ORI mmg mahal)).Tayar pun tah tah tayar celup.(bos memang tak boleh bagi tau kpd driver,Rahsia maaaa).
Nasib la sapa jadi pemandu.Tapi nasib penumpang siapa nak jaga?????

C2M puji sikap JPJ memberi kuasa kepada penumpang..bagu bagus..Tapi penumpang jangan kena beli cukup la.Bila borang yang dia hantar tak di putar belitkan Tentukan driver BAS di tangan kita.
Sepatut nya dah lama JPJ perlu buat begini.Jangan tunggu sampai beratus ratus mati di atas jalan baru nak bertindak...Guna akai sikit.

No comments:

Post a Comment